Issue 5: Suara Penduduk: Isu Berkaitan Pentadbiran dan Pengurusan Perumahan Awam di Malaysia
Laporan ini bertujuan menyelam lebih dalam, mengamati isu-isu berkaitan pentadbiran, pengurusan, serta dinamik komuniti, dengan fokus terhadap perumahan awam kos rendah bertingkat tinggi. Laporan ini mengambil suara penduduk sebagai sumber utama, melalui temubual dan perbincangan kelompok sasaran (focus group discussion, FGD) dengan penduduk kompleks perumahan awam di Lembah Kelang. Ditambah dengan ulasan laporan-laporan dan penulisan-penulisan sedia ada, kertas ini akan memberi gambaran isu-isu yang memberi kesan ke atas komuniti perumahan awam, sambil menunjukkan aspek kajian yang harus diberi keutamaan supaya dasar-dasar dan program-program yang lebih berkesan dapat dihasilkan.